Jumaat, 5 Jun 2009

Rabu, 27 Mei 2009

Rabu, 25 Februari 2009

Keperluan Kepada Mentari


Mentari adalah salah satu keperluan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada haiwan dan tumbuhan dan segala makhluk ciptaan Allah yang memerlukan matahari untuk hidup. Manusia sangat memerlukan matahari sebagaimana mereka memerlukan air dan makanan. Tanpa matahari manusia tidak akan hidup. Matahari merupakan sumber tenaga kepada tumbuhan. Jika tiada matahari tumbuhan akan mati. Manusia pula memerlukan tumbuhan sebagai sumber oksigen untuk bernafas. Segala makhluk ciptaan Allah ini sering memerlukan antara satu sama lain. Begitulah ciptaan Allah yang maha indah dan teliti. Tiada ciptaan yang sebaik ciptaan Allah. Oleh itu, marilah kita mengagungkan kebesaran Allah dengan patuh dan taat akan perintahNya dan jauhi laranganNya. Wassalam

Sabtu, 31 Januari 2009

Banjir di Brunei

Assalamualaikum, pada waktu ini berlaku banjir dan tanah runtuh di beberapa tempat di Negara Brunei Darussalam. Kejadian ini berikutan hujan yang turun secara berterusan. Ini menyebabkan masalah air naik sehingga pada paras yang tidak dijangka dan belum pernah terjadi sebelum ini. Beberapa minggu yang lepas kawasan di Gadong dan sekitarnya mengalami gangguan bekalan elektrik selama empat hari berikutan stesen jana kuasa mengalami kebanjiran.
Selain itu di daerah-daerah lain juga mengalami masalah banjir yang agak teruk. Di Daerah Belait terutama sekali di kawasan kedai di Seria mengalami banjir yang juga menyebabkan beberapa buah kereta terkandas. Begitu juga di Daerah tutong, beberapa tempat ditenggelami air yang mencecah kedalaman 2 kaki ke atas. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan yang terkandas.
Oleh itu sebagai peringatan bersama, setiap pemandu harus berhati-hati memandu dan memastikan kelajuan dikurangkan. Selain itu, jika bukan satu keperluan untuk keluar rumah lebih baik berada di rumah sahaja.

Ahad, 28 Disember 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

Assalamualaikum. Kepada semua yang melayari blog ini ducapkan selamat tahun baru Hijrah 1430. Marilah kita sama-sama menanamkan azam untuk memperbaiki diri kita iaitu baik dari tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita berhijrah dari keburukan kepada kebaikan dan dari kebaikan kepada yang lebih baik. Allah sentiasa memberi kita peluang untuk memperbaiki diri. Oleh itu perkemaskanlah langkah kita dan sertakan usaha dengan tawakal supaya kita bersedia untuk hari esok. Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah.