Selasa, 30 September 2008

Salam Aldilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam yang telah menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Hari Raya di Negara Brunei Darussalam pada tahun ini disambut pada hari Khamis 2 hb Oktober 2008. Khususnya kepada rakan-rakan dan sahabat handai di mana juga berada diucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah dan semoga segala yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan diterima oleh Allah jua.

Saya akan berhari raya di Kuching, Sarawak pada 4 hingga 12 hb Oktober 2008. Semua dijemput datang ke rumah pada tarikh selain yang tertera di atas sepanjang bulan Syawal. Akhir kalam, saya menyusun jari memohon kemaafan kepada semua. Jika ada kesalahan, keceluparan atau perbuatan yang menyinggung atau menyakiti serta segala yang termakan, terminum dan terambil harap dapat dimaafkan. Sekian, Selamat Hari Raya Aldilfitri Maaf Zahir Batin.

Ikhlas daripada:
Al-Zaif

Ahad, 28 September 2008

Bangau oh bangau

"Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus? Bagaimana aku tak kurus, ikan tak timbul-timbul. Ikan oh ikan, kenapa kau tak timbul-timbul? Bagaimana aku nak timbul, rumput panjang sangat. Rumput oh rumput, kenapa kau panjang sangat? Bagaimana aku tak panjang, kerbau tak makan aku. Kerbau oh kerbau, kenapa kau tak makan rumput? Bagaimana aku nak makan, perut aku sakit. Perut oh perut, kenapa engkau sakit? Bagaimana aku tak sakit, makan nasi mentah. Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah? Bagaimana aku tak mentah, kayu api basah? Kayu oh kayu, kenapa engkau basah? Bagaimana aku tak basah, hujan timpa aku? Hujan oh hujan, kenapa kau timpa kayu? Bagaimana aku tak timpa kayu, katak panggil aku. Katak oh katak, kenapa kau panggil hujan? Bagaimana aku tak panggil, ular nak makan aku. Ular oh ular kenapa kau nak makan katak? bagaimana aku tak makan, memang makanan aku."

Dari kisah bangau ini, kita dapat melihat sikap saling menyalahkan antara satu sama lain. Jika diaplikasikan kepada manusia, kita saling menyalahkan orang lain terhadap sesuatu perkara buruk yang berlaku. Perkara ini kadang-kadang berlarutan sehingga menimbulkan perselisihan dan perbalahan. Walaupun pada dasarnya kita sepatutnya mengakui kesalahan yang telah kita lakukan. Di samping itu sikap saling memaafkan juga perlu ada pada diri manusia kerana dengan memaafkan kesalahan seseorang dapat meleraikan perbalahan sekaligus dapat merungkai satu masalah. Rantaian kisah bangau ini berlarutan sehingga ular meleraikannya dengan mengakui bahawa katak adalah makanannya.

Melalui kisah ini, sesuatu masalah yang kecil diperbesar-besarkan sehingga ia menjadi lebih rumit. Oleh itu, kita jadikanlah kisah bangau ini sebagai renungan dan iktibar bersama. Sekadar peringatan bersama.



Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog ini. Semoga setiap yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua.