Sabtu, 31 Januari 2009

Banjir di Brunei

Assalamualaikum, pada waktu ini berlaku banjir dan tanah runtuh di beberapa tempat di Negara Brunei Darussalam. Kejadian ini berikutan hujan yang turun secara berterusan. Ini menyebabkan masalah air naik sehingga pada paras yang tidak dijangka dan belum pernah terjadi sebelum ini. Beberapa minggu yang lepas kawasan di Gadong dan sekitarnya mengalami gangguan bekalan elektrik selama empat hari berikutan stesen jana kuasa mengalami kebanjiran.
Selain itu di daerah-daerah lain juga mengalami masalah banjir yang agak teruk. Di Daerah Belait terutama sekali di kawasan kedai di Seria mengalami banjir yang juga menyebabkan beberapa buah kereta terkandas. Begitu juga di Daerah tutong, beberapa tempat ditenggelami air yang mencecah kedalaman 2 kaki ke atas. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan yang terkandas.
Oleh itu sebagai peringatan bersama, setiap pemandu harus berhati-hati memandu dan memastikan kelajuan dikurangkan. Selain itu, jika bukan satu keperluan untuk keluar rumah lebih baik berada di rumah sahaja.